One step ahead
IGNITE FEST 2011 : THE REVIEW [ PART 1 ]
Monday 13 June 2011 | 03:33 | 0 comments
Okay sekarang aku nak buat review sikit pasal Ignite Festx yang telah berlangsung pada 11/6/2011 ( kelmarin ) ahha ni bukan lah full review macam dalam mag tu , just nak share apa yang telah jadi semalam :)


So semalam dlm pukul 2 lebih aku ngan member aku gerak pergi Dewan Tunku Abdul Rahman ( venue gig ) . Orang still tak ramai lagi , dlm pkul 3.15 baru pintu dibuka . Ape lagi , masuk lah kan . Btw, 100 early birds dapat free magazine dari ROTTW \m/! 


Slot 1 
Slot pertama pd hari tu telah dimulakan dgn band metalcore dari Kuala Terengganu , Alienis Beautiful . Intro band ni mmg mengancam , dan merupakan salah satu drpd favorite aku . Rata-rata crowd masih lagi steady , yela baru opening act takkan nak berpeluh dah kan? :D 


Slot 2
Stage seterusnya dipanaskan oleh Mad Monsters Attack juga dari Kuala Terengganu . Alunan music energetic electro proggressive hardcore terus menyunyik adrenalin crowd untuk turut serta ber'mosh'ing dan ber'joget'ing . 


selepas band ni habis perform , aku pegi amik angin kat luar jap . PANAS GILA WEH kat dalam , ketiak fuhh bau nasi kukus basi :) masuk balik . Band Maddame tgh soundcheck . Amik port kat tepi tangga , tunggu lah dorang start :D


Slot 3
Maddame ? band ini sangatlah rawkkkkkkk . Mengalunkan muzik heavy metal/grunge , bolehlah tahan even agak sukar nak layan masa mula-mula haha . btw, korand pernah tgk mat salleh ckp terengganu dgn fluent gila ? haha voxx/guitarist band ni merupakan seorang mat salleh yg aku rasa dah lama kot tinggal kat Malaysia . haha, memang havoc dia ni . Mula-mula naik je dah cakap " peteh ganu peteh ! " * yela Final piala FA malam tu kan :D agak okay lah band ni .


Sekali lagi aku dgn member-member keluar kejap , pegi kedai minum air . perghh manis gila air teh ais awak ye makcik :) takpe saya redha ahaha . Masuk balik , Maddthelin dari Kuala Lumpur dah start perform ! ape lagi terus berlari pegi kat tengah ! haha


Slot 4
grr Maddthelin band screamo / post-hardcore ni bolehlah tahan plus ada awek cun sbg second voxx dia . Adaaaaaaaaa baik lah ! Masa band ni crowd memang tengah naik feel , mosh pit telah terbuka lagi . Apa lagi , libasan kaki dan tangan mengikut irama lagu rentak po yeh-yeh memecah kebuntuan . ahhaa walaupun suara si yasmin tu agak tenggelam yelah dah sound system kuat sangat , rata-rata crowd still enjoy dengan show dorang :D


Slot 5
ahhhh ni dia band yang memang ditunggu oleh aku! Hello is this the band dari Cyberjaya , Selangor . Irama yg dibawakan ada iras-iras band Paramore tapi aku rasa kalau Paramore dgr band ni live boleh menangis kot band mates Paramore tu ahah . Aku memang ambil tmpat kat dpn skali lah time dorang perform ahha seronak banging dan sing-along :D band ni mmg crowd friendly . ada baikkkkkk lah :D 



Slot 6
Dead Eyes Glow , siapa tak kenal kan ? Band dari Kuala Terengganu ni boleh dikatak bertaraf international dah kot . Membawakan alunan metal/hardcore/progressive . Band ni bolehlah dikatakan best ! haha tapi aku tak tengok mane pun DEG perform , nak balik dah dekat nak maghrib plus dah start hujan kat lua :D


but sebelum balik tu ada jugak lah survey baju-baju dan EPs yg dijual kat booth/table kat situ . Ada booth dari Attack Apparel , Joorue dan lain-lain lagi :D


Gig ni bersambung lagi di malam hari dgn band-band yang lagi barai :) tunggu PART 2 okay :D




Older Post | Newer Post