One step ahead
Kosong
Sunday 28 August 2011 | 05:06 | 0 comments
Hmm , aku tak tahu apa yang ada dalam jiwa aku sekarang . Meronta ? oh tidak , aku bukan si hamba yang mahukan kebebasan . Sedih ? hmm mungkin , masalah datang bertubi-tubi bagai air hujan yang turun tidak terhenti . Kosong ? itulah yang aku rasa sekarang . 


Kosong ? masakan tiada langsung isi fais ? hmm tidak . Aku tak tahu apa yang aku rasa , rasa keseronokkan itu kian luntur . ya , memang aku selalu zahirkan keceriaan diwajahku namun adakah kau tahu apa yang terbuku di dalam hatiku ? hmm persis pelabuhan sunyi yang dahulunya penuh dengan hiruk pikuk si pedagang kaya .


Keadaan sekarang semakin meruncing , aku harus bingkas bangun . Sedarkan diri aku ! alam persekolahan bakal aku tinggalkan , 2 atau 3 bulan sahaja lagi . Nampak macam lama lagi namun hakikatnya lebih cepat daripada apa yang kita fikirkan . Adakah aku sudah semantap itu ? Adakah aku sudah mampu untuk melemparkan senyuman di kedua muka orang tua ku ? Akan ku tunggu hari itu . Aku mereka bersorak kegembiraan . 


Ahh , lupakan perkara negatif . Teruskan hidup kita, hargai orang sekeliling . Senyum ! Senyum itu pengubat segala masalah :)


cheers 

Older Post | Newer Post