Friends :)
Wednesday, 26 October 2011 | 04:09 | 0 comments
Happy Deepavali to all Indians :)Harini cuti , tapi aku tetap ke sekolah . Mahu menimba ilmu disamping teman-teman yang bergeliga .
Separuh hari juga aku berada di sekolah , pelbagai ilmu dicurah tanpa berkira .
Hari sudah lewat petang dan awan hitam mulai terbentuk ,
hatiku sudah beriya-iya menyuruh aku pulang . Aku mengikut saja kata hatiku hmm
saat aku ingin menghidupkan motorku , eh ! mana hilang kunci aku ni ? sial betul .
baru aku sedar yang kunci aku dah hilang .
adoi , terus aku berlari masuk ke kelas semula . mencari merata-rata .
Setengah jam berlalu , episod mencari masih lagi berlangsung .
ada aku bertanya kepada mereka ' weh awok mu napok dok kuci motor aku ? '
jawapan yang sama diberikan ' dok napok la , cari molek ' .
hmm , sekian lama . aku berputus asa , aku duduk disebelah rakanku .
dia pun bertanya 'weh mu nok balik doh ? siyes ? '
aku membalas 'yela , nok hujan ni ==' '
dengan muka selamba dia menjawab ' nah kunci mu hahaha '
dalam hatiku , sial punya bergurau . ahahah
Fokus utama , kawan boleh bergurau dalam seribu jenis agenda .
Baik atau buruk , terserah .
Hati-hati dalam memilih kawan kerana bukan semua kawan itu teman dan bukan semua teman itu sahabat :)