One step ahead
Keangkuhan .
Wednesday 25 January 2012 | 10:08 | 0 comments
'Hidup tidak selamanya di atas , kadang kala kita akan terjatuh ke bawah' 

Frasa di atas sudah cukup untuk menkonklusikan seluruh kehidupan kita . Keangkuhan ? Ego ? Persetankan semua itu kerana itu cuma hasutan syaitan durjana yang cuba menjatuhkan kita .

Manusia ?
Mereka akan berasa selasa jika mereka berada di atas . Jika mereka diberikan KUASA dan HARTA .
Mereka berasa bahawa dunia itu milik mereka , berasa bahawa mereka mampu melakukan segalanya .

Tetapi ,
Tetapi mereka tidak tahu . Dunia ini menyimpan 1001 misteri , 1001 muslihat .
Semasa kita berasa selesa di atas , satu tindak tanduk yang lalai bisa membuatkan kita jatuh , jatuh ke tangga yang terbawah di alam kehidupan .

Satu langkah yang cuai ,
Satu langkah yang cuai bisa memusnahkan segalanya ! HARTA ? PANGKAT ? KUASA ? semuanya sia-sia .

Di waktu inilah ,
Di waktu inilah kita akan merasa , merasa apa yang dirasakan oleh mereka yang telah DIPIJAK oleh kita .
Perasaan mereka yang tidak dijaga , perasaan mereka yang terseksa .
Pada saat ini juga kita akan merintih , merintih meraung simpati ! Akan tetapi , siapa yang akan peduli ? Tidak ada sesiapa lagi .

Kawan ,
Sedarlah ! Jangan biarkan KUASA dan PANGKAT itu menguasai dirimu . Bingkas bangun ! Sedarkan dirimu . Jangan hanya mencari kesalahan orang lain , fikirkan tentang diri kita itu dahulu . Cacat dan cela kita !
Kerana hidup ini ibarat RODA .

Older Post | Newer Post